Trading Point of Financial Instruments Limited adalah sebuah institusi kewangan yang diasaskan oleh beberapa pakar perdagangan matawang dan yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Pasaran Modal dengan visi untuk menjadi pembekal produk kewangan yang diiktiraf dan dihormati.
Kegiatan kami Terbahagi dalam 3 segmen
Pasaran Global
Kami menyediakan akses pasaran dan perkhidmatan pelaksanaan perdagangan, melalui Trading Point Online Trading Platform, untuk pasaran Pertukaran Matawang asing (Forex), Kontrak Untuk Perbezaan atau dalam nama singkat Ingeris CFD, ekuiti antarabangsa, komoditi dan Dana Dagangan Bursa (ETF). Perkhidmatan kami dijalankan melalui internet dengan menggunakan teknologi dagangan elektronik MetaQuotes. Keputusan kami untuk menggaji MetaQuotes bergantung kepada beberapa faktor termasuk kebolehpercayaan, produktiviti, kebolehgunaan, dan fleksibiliti.
Pengurusan Aset
Trading Point Asset Management adalah pengurus pelaburan program akaun terurus. (“Trading Point Multi-Strategy Program”). Falsafah pelaburan bagi Trading Point Multi-Strategy Program adalah bertujuan untuk menghasilkan pulangan kepada pelabur dengan menggunakan pelbagai strategi pelaburan yang memberi tumpuan kepada kadar pulangan yang menarik berlandaskan penyesuaian risiko (risk-adjusted rates of return). Prestasi Program ini adalah bertujuan untuk menjadikan sebahagian besarnya tidak dikaitkan dengan pasaran am hutang dan ekuiti, serta dengan beberapa strategi pelaburan bukan tradisional yang lain. Dalam Program Trading Point, kami menggunakan pelbagai strategi pelaburan dan tidak mempunyai had yang ketara ke atas jenis-jenis strategi pelaburan yang boleh diguna pakai. Kami melabur dalam peluang pelaburan yang sama saperti pelanggan kami, yang mana mewujudkan jajaran kepentingan dan amanah di kalangan pengurusan kanan dan pelanggan kami dengan kami sendiri. Kami percaya bahawa dengan mewujudkan perkongsian kekayaan ini dengan para pelanggan kami, boleh mengukuhkan hubungan pelanggan kami dengan mengesahkan kualiti produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
Pengurusan Kekayaan
Trading Point Weath Management akan memberi nasihat pelaburan bebas dan pengurusan berbudi bicara kepada yang bernilai bersih tinggi (high net worth) dan massa individu mewah (Mass affluent individuals) dengan tujuan untuk mewujudkan hubungan-kait yang berpanjangan. Kami juga mengalu-alukan pelanggan yang ingin mengurus aktif portfolio masing-masing. Dengan perkhidmatan Portfolio Advisory, pelanggan menerima nasihat dan bantuan dari penasihat-penasihat pelaburan yang berpengalaman, untuk membantu mereka membina dan menguruskan portfolio mereka berdasarkan profil mereka dan keadaan pasaran. Perkhidmatan ini disediakan sama ada atas permintaan pelanggan atau atas inisiatif Jabatan Pengurusan Kekayaan kami. Portfolio dipantau, diimbangi semula dan dioptimumkan. Dagangan tidak akan dilaksanakan tanpa kelulusan pelanggan.









