Sebelum kita memperkenalkan platfom forex yang kita tawarkan kepada peniaga-peniaga kami, adalah penting untuk menjelaskan bahawa alat yang sering digambarkan sebagai platfom forex atau terminal forex adalah apa yang digunakan dalam perdagangan forex runcit sebagai penghubung antara peniaga runcit seperti anda kepada pasaran forex melalui antara muka (interface) yang disediakan oleh trading- point.com.
Terminal Pelanggan Metatrader untuk PC direka untuk menganalisis tren pasaran semasa dan menjalankan operasi perdagangan di pasaran kewangan. Metatrader 4 adalah projek perisian yang terkemuka dan canggih yang boleh membuka peluang yang besar untuk pengurusan dan aktiviti dagangan yang fleksibel. Metatrader adalah terkenal di dunia kerana keberkesanan kebolehgunaan nya dan ciri-ciri penyesuaian yang membenarkan pengguna untuk mengenal suai kepada beberapa program perisian yang melaksanakan perdagangan robot. MT4 telah dibina dengan penunjuk-penunjuk yang membolehkan anda menganalisis pasaran manakala rangkaian MQL4 membolehkan peniaga menggunakan strategi dagangan automatik. Penunjuk teknikal perisian ini membenarkan anda untuk menganalisis sebutharga sekuriti, manakala rangkaian MQL4 membolehkan pembangunan dan penggunaan strategi perdagangan automatik.
Pemasangan Metatrader (MT4)
Selepas pemasangan selesai atau ketika melancarkan program untuk pertama kalinya, anda akan melihat tetingkap login.
Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang anda telah terima dalam e-mel mengalukan anda selepas membuka akuan demo atau akaun sebenar untuk login masuk.
Ciri Platfom MT4
- Pakej analisis teknikal yang lengkap: 50 + penunjuk dan alat carta
- Berkebolehan untuk membuat pelbagai penunjuk rekasuai, tempoh masa yang berbeza (dari minit ke bulan)
- Sesi perdagangan selamat: Pelanggan dilengkapi dengan nama pengguna dan kata laluan yang unik
- Berita Online
- Program antara muka (interface) berbilang-bahasa
- Penyimpanan data untuk sejarah pengurusan dan kemudahan impot / ekspot data secara langsung (realtime)
- Isyarat sistem dan tindakan perdagangan
- Sistem mel dalaman
- Aliran harga sehingga 200 lot (20 juta)
- Perdagangan Mobil: MetaTrader 4 Mobile untuk PDA dan telefon bimbit yang sesuai
- Panduan bantuan bina-dalam untuk MetaTrader 4 dan MetaQuotes Language 4
- Perdagangan Automatik – Program strategi anda sendiri menggunakan Penasihat Pakar
Keperluan Sistem
- PC dengan sistem operasi Microsoft Windows 98 SE2 atau yang lebih tinggi;
- Pemproses berasaskan Intel celeron, dengan frekuensi 1.7 GHz atau yang lebih tinggi;
- Resolusi skrin 1024 × 768 piksel atau lebih tinggi;
- RAM 256 MB atau lebih;
- Ruang cakera bebas sebanyak 50 Mb.
- Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun panduan pengguna
- MetaTrader 4 untuk panduan pengguna PC
- Pengaturcaraan dalam MQL4 Bahasa algoritma
Nota
Untuk membuka, melihat dan mencetak dokumentasi akaun dan borang, anda perlu memasang Acrobat Reader atau perisian PDF yang lain.
Penggunaan Metatrader Platform MT4
Walaupun platfom Metatrader digunakan oleh entiti perniagaan, pengguna utama yang menggunakan platfom adalah peniaga swasta yang berdagang matawang dan komoditi yang jelas untuk sebab-sebab spekulasi. Dengan ciri-ciri yang amat mesra pengguna yang membenarkan perdagangan forex yang sungguh mudah mahupun peniaga baru atau peniaga yang kurang pengetahuan mengguna komputer atau internet. Perisian ini ditawarkan oleh beberapa dalal pedagang forex runcit dan boleh dimuat turun, percuma 100% dan sering senaraikan di bawah nama “Forex Terminal” atau “Trading Terminal”.
Terminal (Metatrader) MT4 menawarkan editor dan compiler dibina-dalam dengan akses penuh ke perpustakaan bebas perisian-perisian yang tawarkan bersama-sama didalam pakej yang dipanggil Metatrader 4, ia adalah ciri-tambahan ataupun lebih di kenali sebagai “plugin”, membenarkan pengguna untuk menambah ciri-ciri pengalaman perdagangan berdasarkan keperluan, pengalaman atau corak perdagangan tersendiri pengguna itu. Metatrader menggunakan satu MetaQuotes dibangunkan menggunankan bahasa skrip “in-house” yang dipanggil MQL4 dan membolehkan peniaga-peniaga untuk membina penasihat mereka sendiri yang akan memberi mereka petunjuk dan isyarat forex berdasarkan kriteria yang mereka tetapkan.
Kenapa Platform Metatrader Forex
Sebagaimana Internet telah berkembang menjadi cara yang paling meluas untuk menjalankan perniagaan, komunikasi, hiburan, maklumat dan rekreasi, forex juga telah berkembang seiring dengan kepelbagaian yang jelas daripada perdagangan kertas ke perdagangan elektronik yang lebih canggih, yang telah berkembang beroleh ke konsep platfom forex.
Platfom forex Metatrader MT4, terminal dagangan yang paling meluas digunakan dalam perdagangan forex adalah platfom forex terkemuka di dunia dan menawarkan dagangan fleksibel tanpa mengira jika anda berdagang dari rumah, pejabat atau semasa anda diperjalanan.
Trading Point berpendapat platform MT4 memaksimumkan perkhidmatan perdagangan forex dengan platfom yang kami rasa adalah pergandingan yang betul untuk semua pengguna dan juga untuk semua peringkat perdagangan, disebabkan ciri-ciri latitud pelbagai. Ia diterima dengan meluas oleh pemaju dan komuniti online yang berkongsi plugins forex, yang menambah nilai atau manfaat dan program perisian yang serasi sepenuhnya kepada MT4, tidak saperti platfom lain yang kurang popular. Perlu diperhatikan bahawa hanya di Yahoo sahaja, terdapat 12,000 ahli berdaftar yang berkongsi nota dan alat-alat untuk Metatrader dan perangsang utama membuat fungsi keseluruhan platform itu sendiri berkembang di luar tawaran asal. Terminal klien Metatrader beroperasi sempurna dengan sistem pengendalian Microsoft Windows, termasuk Windows 7, Vista, XP, 2000 dan 98; platfom in juga akan berfungsi seperti biasa dengan sistem operasi Linux.
Platfom Perdagangan Forex
Pada masa awal perkenalan web sedunia (world wide web) beberapa institusi perbankan telah memperkenalkan, platform forex yang di bangunkan sendiri mengguna tenaga mahir dalaman yang sekarang masih di guna pakai sebagai ciri utama platfom forex di beberapa lama web. Pada masa itu sebahagian besar platfom perdagangan forex, tertinggal satu ciri umum; penyelidikan dan pembangunan dan selebihnya tidak berkeupayaan untuk memenuhi keperluan pengguna dan penambahan pengguna runcit pedagang forex.
Ianya hanya adil untuk di katakan bahawa satu institusi perbankan atau sebuah bank pelaburan tidak boleh menyimpan jari di atas setiap nadi dan segala aspek perdagangan, kerana sebagai institusi ia tidak mampu menjadi pakar semua bidang. Ini adalah sebab besar mengapa penyumberan luar (outsourcing) telah muncul dalam amalan perniagaan moden dan begitu juga untuk platfom perdagangan forex.
Kita harus mengambil perhatian bahawa pada awal dekat 2000, platfom perdagangan forex generasi kedua yang lebih profesional dan berdedikasi membuat penampilan mereka. Platfom dagangan ini ada yang masih wujud dengan pengubaisuaian yang seterusnya telah membawa kepada banyak institusi untuk mengguna pakai perisian dagangan pihak ketiga atau sama ada bergabung dengan pembekal perisian untuk berkongsi pengetahuan dan membangunkan lagi platform dagangan forex..
Platfom perdagangan Forex Metatrader membolehkan peniaga runcit seperti diri anda untuk mempunyai kawalan penuh operasi dengan teknologi yang terkemuka di dunia yang membuat laporan dan perdagangan forex. Dengan Metatrader, perdagangan forex adalah mudah, effisien dan lebih dari itu yang paling tepat.









