Trading Point
Login Live Chat

Pengurus Akaun Trading Point Multi Perisian beroperasi berbeza dari Metatrader klasik MultiTerminal dengan membenarkan pengurus dana, pengurus portfolio dan beberapa pemegang akaun untuk menguruskan pelbagai akaun dagangan pada masa yang sama dengan menggunakan satu akaun MT4. MAM ini menawarkan semua ciri-ciri antara muka MT4 seperti biasa termasuk penggunaan penuh pakej carta MT4 dan penggunaan penuh dagangan automatik dan MT4 Expert Advisors (EA). Perisian MAM membolehkan cara mudah untuk mengendalikan beberapa akaun dengan semua komisen yang terpasang secara automatik membuatkan ia cekap dan berkesan bagi pengurus dana untuk berdagang akaun pelanggan secara telus.

Bagaimana MT4 MAM berfungsi?

Perisian MAM membolehkan pengurus akaun MT4 ditugaskan sebagai Akaun Master dan akaun pelanggan yang dikendalikan oleh pengurus akan dikenali sebagai akaun pengikut, dengan jumlah keseluruhan wang dikendalikan secara keseluruhannya dan diniagakan oleh Pengurus Akaun Master.

Keuntungan

Keuntungan yang ditutup daripada order akan di masukkan secara automatik ke akaun asal, iaitu akaun pemiliknya (akaun pengikut).

Kerugian

Kerugian yang ditutup daripada ‘order’ akan disalurkan kepada modal yang dimasukkan untuk aktiviti perdagangan, dan akan dipastikan bahawa modal pelanggan yang diuruskan oleh pengurus akaun tidak dirisikokan lebih daripada jumlah yang ditetapkan oleh pelanggan itu sendiri kepada pengurus akaun.

Panduan bagaimana untuk Memohon MT4 Multi Account Manager

1. Kedua-dua Pengurus Akaun dan juga Pelabur perlu membuka Akaun Real daripada Trading Point.
2. Pelabur mesti melengkapkan borang kuasa terhad bagi wakil dagangan, yang akan memberikan pengurus hak untuk melakukan proses dagangan modal bagi pihaknya.
3. Pelabur perlu menghantar borang kuasa terhad wakil dagangan yang sudah ditandatangan ke sales@trading-point.com
4. Pengurus perlu bertanggungjawab menghubungi sales@trading-point.com dan meminta supaya Akaun Real yang dimiliki olehnya mempunyai perisian ‘MAM enabled’ dan kesemua akaun yang diberi kuasa diuruskan sepenuhnya oleh Master Account.

Penting: Ambil perhatian bahawa Pelabur boleh melucutkan kuasa yang ada pada wakil dagangan pada bila-bila masa sahaja dengan menghubungi sales@trading-point.com

Siapa yang boleh memohon Perisian MT4 Multi Account Manager?

  • Pengurus Dana
  • Pengurus Harta
  • Pengguna yang mempunyai banyak akaun

Contoh:

Mari kita ambil contoh, katakan seorang Pengurus Akaun mempunyai 3 pelanggan dan secara awalnya Pengurus Akaun tersebut masing-masing perlu membuka Real Akaun bersama Trading Point. Ambil perhatian, apabila pelanggan membuka Akaun Real, dia akan mendapat maklumat akses secara automatik kedalam inbox emailnya yang digunakan ketika pendaftaran.

Untuk menjadikan contoh, mari kita gunakanIn misalan nombor akaun dibawah:

Akaun Master nombor login : 1000

  • Sub Akaun 1 Nombor Login : 1001
  • Sub Akaun 2 Nombor Login: 1002
  • Sub Akaun 3 Nombor Login: 1003

Akaun Master tidak boleh membuat deposit. Jika Pengurus Dana ingin membuat deposit, beliau perlu mendaftar Sub Akaun lain menggunakan namanya. Jadi Sub Akaun ke-4 akan dimasukkan kedalam contoh. Mari lihat sambungan contoh satu yang mempunyai 1 Akaun Master dan 3 Sub Akaun.

  • Login 1001 = Deposits $10000
  • Login 1002 = Deposits $10000
  • Login 1003 = Deposits $20000

Jadi, jika 3 Sub Akaun ini membuat deposit, Akaun Master akan lihat jumlah kesemua deposit yang dibuat tadi di dalam ‘balance’ di mana dalam kes ini akan menunjukkan $30000. Sekarang apabila Akaun Master membuka posisi (order), ia akan dibahagikan mengikut ekuiti berkadaran dengan nilai deposit ke dalam Sub-Akaun.

Contohnya

Akaun Master Buys 4 Lots EURUSD pada 1.33000 dan secara automatiknya, kesemua Sub Akaun akan melihat

  • Sub Akaun 1 = Buy 1 Lot EURUSD 1.33000
  • Sub Akaun 2 = Buy 1 Lot EURUSD 1.33000
  • Sub Akaun 3 = Buy 2 Lot EURUSD 1.33000

Bilakah Akaun Master boleh memulakan dagangan bagi pihak pelanggannya?

1. Apabila kesemua akaun yang didaftarkan sudah menerima maklumat akses dan kesemua Sub Akaun tersebut perlu menandatangani surat Kuasa Wakil Dagangan yang boleh didapati disini.
2. Langkah kedua, kesemua Sub Akaun perlu memasukkan dana kedalam ‘Akaun Trading’ mereka.
3. Langkah ketiga, pemegang Akaun Master perlu menghantar kepada sales@trading-point.com email yang menyatakan kesemua nombor login pelanggannya apabila memohon MAM dan selepas itu beliau sudah boleh memulakan aktiviti dagangan.
4. Apabila sudah dipadankan dengan surat Kuasa Wakil Dagangan daripada pemegang Sub Akaun, kesemua Sub Akaun ini akan dimasukkan ke bawah Akaun Master.

Langkah Pantas Menggunakan MAM:

1. Daftar Akaun Real bersama TradingPoint
2. Tandatangan surat kuasa wakil (Power of Attorney)
3. Masukkan dana kedalam akaun (deposit)
4. Satu email perlu dihantar daripada pengurus Akaun Master menyatakan nombor login kesemua Sub Akaun dan meminta MAM diluluskan.
5. Sekarang, anda sudah boleh mulakan dagangan.

Kuasa pada Wakil akan sentiasa kekal bersama KOMPENI sehinggalah suatu hari di mana surat melucutkan hak kuasa wakildisediakan dan ditulis oleh pelanggan (Sub Akaun). Pada peringkat ini, TradingPoint akan diarahkan menanggalkan kesemua sub akaun yang dikendalikan oleh Akaun Master. Ini bermakna jika terdapat apa jua posisi ‘order’ di dalam Akaun Master akan ditutup dengan segera.

Contoh: Akaun Master membuka 5 Lots, dan dengan alas an tersendiri, sebuah Sub Akaun yang menerima 1 Lot membuat keputusan untuk melucutkan hak kuasa wakil dagangan yang ada pada Akaun Master tersebut, dan oleh itu 1 Lot tersebut akan ditutup. Ini akan menjadikan Akaun Master kini mempunyai 4 lot sahaja yang terbuka dan 1 lot tertutup.

Ciri Ciri MAM

  • Keuntungan dan kerugian data secara lansung kepada client
  • Secara harian/segera laporan kepada akaun individu
  • Pengurusan akaun segera daripada MetaTrader4 Terminal Pelanggan
  • Akaun dagangan tanpa had
  • Peruntukan kaedah-kaedah yang berlainan
  • Fungsi penuh SL/TP
  • Pilihan dagangan yang lebih fleksibel

MT4 MAM Vs Classic Metatrader (MT4) Multiterminal

Tidak seperti yang biasa Metatrader MultiTerminal Akaun MT4 Multi Pengurus Perisian (MAM) membenarkan penggunaan carta yang penuh dan tidak terhad dan semua EA dalam realiti Akaun Master tidak diperlukan untuk menyimpang daripada pangkalan pelanggan MT4.

Penafian

Trading Point tidak mengambil bahagian dalam apa-apa cara dalam membuat keputusan dagangan yang dibuat oleh Pengurus Dana luar dan tidak membuat sebarang perwakilan, waranti dan tidak ada obligasi dengan mengambil kira mana-mana strategi dagangan Pengurus Dana luar dan / atau prestasi.



McAfee SECURE sites help keep you safe from identity theft, credit card fraud, spyware, spam, viruses and online scams RSS FeedGo to Facebook PageGo to Twitter

Please note that tradingpoint.com is not an affiliate, associate or direct or indirect partner of Trading Point of Financial Instruments.

Forex | Συναλλαγές Forex | Mercado de divisas | FX | Форекс | 外汇交易 | Trading de devises | فوركس | Forex Indonesia | Forex Handel | Forex Nederland | Forex.se | Forex Italia | Forex CZ

Foreks | Forex Romania | Correctora Forex | Handel Forex | Forex 브로커 | Valutahandel | Forex Malaysia