Kami akan berusaha untuk mendapatkan harga terbaik dari pelbagai pembekal kecairan kami untuk mengekalkan penyebaran kita seketat yang boleh. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pelanggan kami dengan penyebaran paling rendah dalam industri bersama-sama dengan pelaksanaan kualiti yang terbaik. Pelaksanaan yang kurang memuaskan menjadikan penyebaran ketat tidak penting. Ada juga peniaga yang menawarkan penyebaran yang rendah tapi mungkin mempunyai kualiti pelaksanaan yang kurang memuaskan, mempunyai dasar sebutharga berulang dan penukaran yang agresif, atau pengabaian pesanan pelanggan, sekali gus menjadikan anda amat sukar untuk memasuki pasaran pada harga pilihan anda. Sesetengah firma menawarkan penyebaran rendah tetapi ada komisien atau caj ke atas perdagangan, lebih lebih lagi mengenakan yuran tersembunyi, yang meningkatkan jumlah kos pelaksanaan. Trading Point menawarkan semua peniaga penyebaran ketat sama, tanpa pengecualian, tanpa mengira saiz akaun, saiz perdagangan atau jenis pelanggan. Tiada kos atau komisen yang lain dikenakan. Baca lebih lanjut mengenai Penyebaran kami.
Kaedah Pelaksanaan
Kualiti pelaksanaan adalah salah satu faktor yang paling penting yang anda harus mempertimbangkan apabila anda memilih syarikat forex. Sebagai bekas peniaga antara bank kami sedar bahawa pelaksanaan yang kurang sempura boleh menukar strategi dagangan dari yang menguntungkan kepada yang merugikan. Penyebaran ketat tidak membawa faedah lansung apabila anda tidak boleh berdagang ke atas mereka. Sebab itulah kami berusaha sedaya upaya untuk menyediakan anda dengan pelaksanaan terbaik. Baca lebih lanjut mengenai Kaedah Pelaksanaan kami.
Kedudukan Semalaman
Trading Point debit atau kredit akaun pelanggan, faedah peralihan (rollover interest) pada kadar peralihan yang kompetitif untuk semua kedudukan terbuka selepas jam 22:00 GMT. Pada hujung minggu apabila pasaran ditutup, pada hari Sabtu dan Ahad pada masa tiada peralihan, bank-bank tetap dan masih mengira faedah ke atas mana-mana kedudukan dipegang pada hujung minggu. Untuk mengambil kira prosedur ini di dalam pasaran forex, kami menggunakan peralihan 3 hari pada hari Rabu. Baca lebih lanjut mengenai Kedudukan Semalaman kami.
Penyungkitan (Leverage)
Trading Point menawarkan penyungkitan fleksibel mulai dari 1:1 hingga 500:1 di samping kelebihan untuk peniaga tidak mungkin membayar baki negatif, malah berpeluang untuk memantau pendedahan risiko secara langsung (realtime). Lebih dari itu syarat-syarat perdagangan kami menawarkan tiada keperluan perubahan dalam margin semalaman dan pada hujung minggu, malah menawarkan faedah yang dibayar ke atas margin yang tidak digunakan. Baca lebih lanjut mengenai penyungkitan perdagangan kami.
Kelebihan Perdagangan
Trading Point diasaskan oleh peniaga untuk peniaga. Dengan bertahun-tahun pengalaman dalam jabatan perbendaharaan Bank, kami berada dalam kedudukan unik untuk memahami keperluan tepat pedagang forex. Matlamat kami adalah untuk memberikan anda dengan perkhidmatan profesional, pelaksanaan dan fungsi dagangan yang sama saperti mana yang diminta oleh peniaga-peniaga antara bank. Baca lebih lanjut mengenai Kelebihan Perdagangan kami.









